Tanda Lelaki Tiada Duit
Thursday 22 December 2011 @ 19:47 | 0♡ comment(s)
TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Jom berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
1.Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
2.Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”
3.Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.
4.Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”
5.Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”
6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”
7.Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”
8.Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
9.SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”
10.Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.
Simbol illuminati Pada Ringgit Malaysia
@ 18:41 | 0♡ comment(s)
Salam semua.. entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua.. Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya saya pun baru terbaca perkara ini dari blog seorang sahabat akuislam.com.. so, disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk sebarkannya.
Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel
Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.
Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia
Duit Syiling Baru Malaysia 2012
@ 18:33 | 0♡ comment(s)
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling baru ini. Motif reka bentuk syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di MalaysiSiri baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama. Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap satu set..
Wang Kertas Ringgit Malaysia Baru 2012
@ 18:20 | 0♡ comment(s)
Berwajah baru wang kertas ringgit Malaysia mulai tahun 2012 selepas melancarkan duit syiling baru pada baru-baru ini . Bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.
Lepas ini sama-sama kita kumpul duit RM20 pula
Tentang seorang sahabat
Saturday 10 December 2011 @ 06:01 | 0♡ comment(s)
Sebuah puisiAdalah kata-kata berisiBerpadu menjadi kalimatDisampaikan dengan khidmat
Puisi, betapapun sulitnya tetap menjadi bentuk tulisan yang paling diminati. Meski begitu, jika ditinjau dari segi penjualan (dalam bentuk buku) sangat berkebalikan. Buku-buku puisi takbegitu diminati. Penjualannya sangat kurang. Hanya buku “Aku” dengan gambar Chairil Anwar yang booming bersamaan dengan meledaknya film “Ada Apa dengan Cinta?”, lalu melejitkan bintang-bintang muda pemerannya seperti Dian Sastrowardoyo, Nicolas Saputra, dan Titi Kamal. Mira Lesmana juga terdongkrak namanya lewat rumah produksi Miles Production.
Baiklah, kali ini kita tidak akan membahas masalah di atas. Paragraf pembuka di atas hanyalah pembukaan tentang sebuah puisi yang dibuat oleh salah seorang sahabat sosok itu. Dan puisi itu diciptakan dalam rangka milad sosok itu yang bertepatan dengan lebaran kemarin. Hal ini telah dibahas juga di sini. Sosok itu hanya ingin mengucapkan terima kasih yang luar biasa pada sahabat itu. Semoga doa yang terlantun pada kata-kata yang tersurat atau bahkan yang tersirat dikabulkan oleh Sang Maha. Hatur nuhun, Sob. You’re still the best![]
Sahabatku…
Kali ini bolehlah Saya mencoba membuat untaian puisi ini…Sahabatku…
Saya hanya ingin mengatakan bahwa Saya adalah sahabatmu…
Teruslah berjuang untuk keluargamu…
Mereka adalah tanggung jawabmu…Sahabatku…
Saat ini adalah saat terindah dalam hidupmu…
Baru saja kemarin umat Islam merayakan hari kemenangan…
Dan di hari kedua Syawal hari lahir pun menjelang untukmu…Sahabatku…
Perjuangan itu belum berhenti…
Hidup terus berjalan…
Hujan itu telah pergi…Dan kini…
berjalan…
Menyusuri gulita malam…
Menyibaki sinar sinar indah kehidupan…Elang adalah sesosok yang tangguh…
Ia mampu terbang…
Namun mampu kembali…
Ia tak seperti rajawali…
Yang selalu berpindah-pindah…
Itu katamu suatu hari…Selamat hari lahir Sahabatku…
Semoga umur itu berkah selalu…
Nasihatmu akan selalu kuingat…
Bahwa menulis itu kebiasaan…Ia akan selalu ada ketika kita menyenanginya…
Menulis adalah aktivitas harian…
Meski kini bunga telah diam…
Namun dalam diam ada bahasa…Semangat..berjuang selalu...
< Bosan tak tau nk wat pe >
:: heheheheheh :(
Perasaanku
@ 05:43 | 0♡ comment(s)
Aku tak selalu baik dan juga tak selalu benar, Sekali waktu aku begitu baik dan juga kadang sangat bodo. Aku hanya manusia biasa seperti yang lain, punya asa yang kadang-kadang tidak bisa diterima akal. Aku bersyukur bisa mengalami ini semua, perjalanan jiwa menemukan jati diri, aku senang bisa punya rasa syukur atas nikmat yng Tuhan berikan kepadaku. Aku sadari semakin aku bersyukur semakin banyak kebaikan yang kutemukan. Aku temukan, tidak semua mesti difikirkan secara logika, aku hanya bersyukur dan bermimpi setinggi langit… tanpa rasa takut, khawatir atau cemas. Kulakukan segala sesuatu dengan tulus menggunakan persaanku, kujalani cobaan dengan sabar dengan perasaanku, ku bersyukur yang semua terjadi membuat aku lebih kuat dan lebih dewasa.
” Aku mencintai hidupku apa adanya”
” Aku mencintai hidupku apa adanya”
sekian terima kasih
Nurul Zahirah
Friday 9 December 2011 @ 01:05 | 0♡ comment(s)
This Is My sister . dia garang . thanks a lot editkan blog aku .
cantik . nanti aku tolong kau angkat kain ehh .